Mahal Beb!

Ekstra! | Suara Adam

“Kalau nak senang dan hidup mewah
suami isteri mesti bekerja dan ‘upgrade’ diri”

Oleh Chairul Fahmy Hussaini

SEORANG rakan dua anak tempoh hari menceritakan kesukarannya menampung kos hidup yang terus meningkat.

Beban yang dipikulnya itu lebih mencabar disebabkan isterinya tidak bekerja – menjadi suri rumah sepenuh masa – kerana perlu menjaga dan mengasuh anak-anaknya yang masih kecil.

Dengan gajinya sekitar $1,300 sebulan – setelah dipotong CPF – kawan saya itu, yang saya namakan Encik Ali, mengakui tidak mempunyai wang simpanan.

“Macam mana aku nak simpan duit… Belanja pasar aje sekarang mak oi…

“Masa sebelum Sars dulu, dapat jugak bini aku beli telur ayam, 10 biji singgit, sekarang paling murah pun $1.40 atau $1.50. Harga beras, minyak makan, kau jangan cakaplah.

“Tu belum kira susu budak, yuran tadika saja dah berapa. Ni… teh tarik ni berapa kau bayar tadi? Singgit kan? Mahal beb… fedap ah…”

Saya diam tanpa memberikan sebarang reaksi.

Namun, satu sikap terpuji yang ada pada kawan saya ini, beliau tidak suka berhutang.

Barangan dan perkakasan di rumah tiga biliknya meskipun banyak kelihatan antik, masih berkeadaan baik.

Saya ‘tabik’ dengannya kerana tidak hiraukan sangat kemewahan material.

“Janji gambar O.K., suara O.K. sudahlah. Buat apa nak buang duit beli TV leper tu. Kalau kaya lainlah,” begitu jawabnya apabila diusik tentang TV antiknya itu.

Tidak dinafikan, cabaran hidup yang perlu dilalui kawan saya ini turut sama dilalui ramai Encik Adam lain yang bergaji kecil dan telah berkeluarga.

Menurut kawan saya itu, meskipun tugas yang dilakukan sekarang ini memberinya peluang untuk ‘overtime’, ia tidak mencukupi.

“Aku sekolah tak tinggi beb… lepas ‘O’ level saja aku masuk NS (Perkhidmatan Negara). Lepas tu terus kerja jadi kerani bank, sampai sekarang.

“Aku kahwin apabila jadi kerani kanan, tapi tu ah… lepas tu aku tak naik (pangkat) lagi. Aku rasa kura-kura lebih pantas jalannya berbanding aku naik gaji,” seloroh beliau.

“Aku kenal isteri aku masa kerja. Dia dulu pegawai kat bank tu jugak.

“Alah… pegawai rendah, pasal dia ada ‘A’ level. Tapi bila dah ada anak, terpaksa resign (berhenti), pasal aku tak mampu pasang maid (pembantu rumah).’

Tatkala mendengar kisahnya itu, saya dengan pantas kata:

“Kau buat silap paling besar beb… Kalau tak, hidup kau senang sikit.”

“Apa silap aku?” tanyanya.

Jawab saya: “Kau suruh bini kau berhenti kerja. Patutnya kau yang berhenti kerja, jadi suri rumah sepenuh masa.”

Sepantas kilat beliau balas: “Gila kau!”

Sambil tersenyum, beliau menggeleng kepala, tidak bersetuju dengan kata-kata saya itu.

Namun saya terangkan:

Andai isterinya terus bekerja hingga ke hari ini, gaji isterinya lebih besar berbanding gaji kawan saya itu dan mungkin kini memegang jawatan lebih tinggi.

Dengan kedudukan kewangan yang lebih mantap, cabaran hidup yang dihadapinya tidak serumit sekarang.

Saya beritahunya, keadaan dunia sudah berubah dan beliau tidak harus malu menjadi suri rumah sepenuh masa.

Dengan isteri bekerja dan menikmati pendapatan lebih besar, keluarganya dapat membuat simpanan untuk keperluan hari muka.

“Tapi takkan dia kasi aku nafkah pulak, buat malu kaum lelaki aje…,” balasnya, yang masih tidak bersetuju dengan saranan saya.

Saya katakan padanya, mana yang lebih penting – nikmati kehidupan yang lebih selesa atau kerja macam biasa tapi keluarga sengsara?

Beliau diam.

Saya berikan satu lagi pilihan untuknya: ikuti sekolah malam dan pertingkat diri.

“Susah beb, aku kerja masuk 8 pagi sampai 8 malam, mana ada time nak upgrade?”

Saya jawab: Ada.

Caranya: Benarkan isteri kembali bekerja dan dia kembali ke sekolah.

Untuk yuran, pinjam keluarga atau bank.

“Kau duduk rumah jaga anak. Sambil jaga anak, kemas rumah, memasak, kau belajar.

“Bincang dengan bini kau, hari yang kau pergi kelas malam, dia jangan overtime.

“Buat diploma atau ijazah tak lama, dua tahun saja beb. Lepas tu kau cari kerja lebih baik, gaji lebih besar.

“Kalau tak, sampai bila kau nak hidup macam ni?

“Hendak seribu daya beb, kalau tak nak seribu dalih,” kata saya.

Beliau mengangguk kepala dan dalam diam mengakui kata-kata saya itu.

Ekstra! | Adam,
Halaman 34, Berita Harian
Sabtu, 7 Julai 2008
3 Jamadilakhir 1429H

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Pandangan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s