Meminggir anak sendiri

BERITA ‘Quiet burial for baby in murder case’ (Pengebumian sepi bayi dalam kes bunuh) yang tersiar di akhbar berbahasa Inggeris, The Straits Times, hari ini (Rabu, Jun 4), cukup menyayat hati sesiapa sahaja yang membacanya.

Satu perkara yang ingin ditimbulkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana pembunuhan itu berlaku, kerana ia masih disiasat polis, tetapi berkenaan sikap dan pendekatan kita dalam membantu remaja Melayu/Islam terlanjur.

Ia satu isu penting, yang menurut pandangan penulis, perlu difikirkan secara mendalam dan dihuraikan secara prakmatik oleh masyarakat dan pemimpin Melayu/Islam Singapura.

Membaca laporan itu kita akan mendapati ibu mangsa itu, Cik Siti Noor Fazlina, dan arwah anaknya yang berusia dua bulan, Esther Regina Sarle Steepan, berteduh di rumah tumpangan Good Shepherd Centre di Yishun.

Menurut laporan The Straits Times, rumah tumpangan itu dibiayai oleh Catholic Welfare Services, sebuah badan amal di bawah kendalian Gereja Katholik.

Ia satu perkara yang menyedihkan bila memikirkan mengapa badan-badan kebajikan Melayu tidak tampil untuk membantu memberi perlindungan kepada seorang remaja Melayu yang terlanjur, seperti Cik Siti Noor Fazlina?

Ini amat dikesali.

Namun, lebih kesal lagi bila penulis mendapat tahu, Cik Siti Noor Fazlina, 20an tahun, sebenarnya pernah dirujukkan ke Pertapis tetapi disebabkan usianya yang melebihi 21 tahun, beliau telah dirujukkan ke satu lagi badan Melayu/Islam, Clubilya.

Tidak dapat dipastikan bagaimana akhirnya beliau mendapat perlindungan di Good Shepherd Centre.  Kemungkinan juga, beliau berteduh di pusat itu atas kemahuannya sendiri, kerana tidak ingin keaiban diri dan keluarganya diketahui bangsa sendiri, sekiranya berteduh di rumah kebajikan Melayu/Islam.

Walau apapun alasannya, kedua-dua badan kebajikan ini, Pertapis dan Clubilya, seharusnya berusaha sebaiknya dalam membantu Cik Siti Noor Fazlina.

Andai batas usia dijadikan syarat utama sebelum beliau diterima masuk ke rumah tumpangan kendalian salah satu badan tersebut, ia suatu kriteria yang tak masuk akal dan tidak dapat diterima sama sekali.

Seharusnya bantuan perlu dihulurkan terlebih dahulu tanpa mengambil kira had umur atau masalah peribadi remaja tersebut – sama ada beliau bercinta dengan lelaki berbangsa asing dan bukan Muslim ataupun telah dibuang keluarga.

Seperkara lagi, andai remaja seperti Cik Siti Noor Fazlina tetap dengan pendiriannya, enggan berlindung di badan kebajikan Melayu/Islam, suatu pendekatan lain perlu difikirkan badan-badan Melayu/Islam demi memastikan akidah remaja sepertinya tidak menyimpang bila berlindung di pusat-pusat kebajikan kelolaan badan bukan Islam.

Persoalannya: Apakah kita perlu menunggu lebih banyak lagi kes seperti yang dihadapi CIk Siti Noor Fazlina sebelum kita melakar strategi ampuh untuk mengatasi masalah ini?

Kita mungkin kesal dengan berlakunya pembunuhan ini, tetapi saya lebih mengesali sikap pemimpin dan pendekatan yang diambil pihak pengurusan badan-badan kebajikan Melayu/Islam yang enggan memberi perlindungan ataupun bantuan sewajarnya kepada Cik Siti Noor Fazlina dan anaknya itu.

Andai ia dapat diberikan, dengan kasih sayang secukupnya dan perlindungan sewajarnya, mungkin pembunuhan ini dapat dielakkan.

Mungkin.

Wallahu’alam.

Chairul Fahmy Hussaini
Rabu, 4 Jun 2008
29 Jamadilawal 1429H
12:06:58 tgh hari

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Luahan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s