kita dan siapa-siapa… tiada bezanya

HARI ini keadaan seakan biasa-biasa saja. Namun tidak begitu rasanya di bilik berita. Seperti minggu lalu, hari ini turut ada lambaian perpisahan. Dua di kalangan kami mengucapkan “Selamat Tinggal”.

Seorang melangkah ke luar untuk nikmati perbezaan suasana di bilik berita yang lain – di akhbar berbahasa Inggeris – sedang seorang lagi, remaja lepasan politeknik, mungkin melangkah ke menara gading, atau menyahut cabaran alam pekerjaan.

Minggu lalu, tiga rakan sekerja melangkah pergi. Seorang bertukar dari meja berita ke meja rencana, sementara seorang lagi ke jabatan promosi akhbar, manakala yang ketiga bersara dari dunia kewartawanan setelah mengabdi diri, dan susuri asam-garam dunia berita selama tiga setengah dekad.

Tentunya, yang datang ‘kan pergi,  yang patah ‘kan tumbuh, yang hilang ‘kan berganti.

Lumrah.

Mungkin ada diantara pemergian itu disambut dengan lapang dada, dek tidak ‘betah’ bekerja bersama. Ada pula mungkin menangisi, jika berasa ada kewajaran untuk itu.

Mungkin juga ada yang menghela nafas lega kerana berasa tanpa mereka-mereka itu, pendakiannya untuk ke puncak akan lebih mudah lagi, satu percaturan politik.  

Hakikat.

Keadaan ini serupa di mana-mana.

Kita tidak terkecuali. 

alang budiman
7 Mac 2008, 20:01:20 malam
28 Safar 1429H, Jumaat

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Luahan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s