Akibat kerbau seekor, seluruh masyarakat Islam terpalit

PENANGKAPAN terbaru individu-individu Muslim berfahaman radikal yang diumumkan pemerintah semalam bukan saja memalukan bahkan menggemparkan masyarakat Melayu/Islam.

Apakan tidak, ia berlaku di saat kita gigih mengembangkan syiar Islam sebagai sebuah agama jagat yang mencintai keamanan dan mendukung norma kesusilaan, tetapi seorang pelakunya juga adalah daripada golongan karyawan.

Tindakan Abdul Basheer Abdul Kader, 28 tahun, yang merancang untuk memperjuangkan ‘jihad militan’ dan rakan sekongkolnya, Muhammad Yassin Khan Muhamad Yunos, dan empat anggota Jemaah Islamiyah (JI) yang kini ditahan boleh diibaratkan sebagai kerbau yang membawa lumpur, menyebabkan sekalian masyarakat Muslim terpalit.

Mereka bukan saja membelakangi agama, tetapi juga tidak mempedulikan nasihat dan seruan asatizah agar mendalami agama di jalan yang betul.

Pasca 9/11 menunjukkan betapa pemimpin masyarakat Melayu/Islam, dari kalangan asatizah, karyawan sehinggalah kepada pemimpin politik, gigih mendampingi setiap lapisan masyarakat Muslim demi memastikan mereka memahami intipati dan dasar Islam dengan sebenar-benarnya.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan, termasuk forum, seminar, pameran, khutbah dan mewujudkan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).

Jadi, tindakan Abdul Basheer untuk mengetepikan kesemua ini amat
menghampakan sekali.

Sebagai seorang terpelajar, dia seharusnya bijak menilai sesuatu keadaan, sayangnya dek mengikut rasa hati, penitiannya ke menara gading kini menjadi sia-sia.

Apakah iktibar daripada episod ini? Ideologi ekstremisme masih hidup dan terus menyala.

Kita mesti tidak jelak malah pertingkatkan lagi usaha bagi menentang
pemikiran dan perjuangan songsang ini.

Namun, ibu bapa memainkan peranan lebih penting. Mereka perlu lebih prihatin dalam memerhati pergerakan si anak, terutama sekali dalam mengetahui dan menyelami apa yang tersirat dalam fikiran dan hati mereka. Ini bukan perkara enteng.

– Berita Harian, 9 Jun 2007, Sabtu

Menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Abdul Basheer ditahan Februari lalu. Semasa diberkas, pensyarah lulusan undang-undang itu telah pun membeli tiket penerbangan untuk ke Pakistan dan bercadang bertemu dengan kumpulan Lashkar e-Tayyiba (LeT) sebelum ke Afghanistan untuk sama-sama berjuang dengan anggota Taleban di sana. Siasatan ke atasnya menunjukkan, pensyarah lulusan undang-undang itu terpengaruh secara sendiri dengan idea-idea radikal yang tersebar di Internet.

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Pandangan and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s