Cita rasa anak muda mengundi

SEPERTI orang lain saya juga tidak sabar menanti pilihan raya umum.

Perasaan ini timbul bukanlah semata-mata kerana ingin mendengar ucapan berapi-api dan menyaksikan gelagat ahli-ahli politik semasa berkempen, tetapi lebih penting lagi ingin menjalankan tanggungjawab mengundi.

Namun, tidak seperti kebanyakan warga muda lain, saya antara yang bertuah dapat mengundi – walau sekali sahaja sejak mencecah usia 21 tahun 12 tahun dulu!

Tapi pokoknya, saya seperti generasi muda lainnya, punya idealisme ingin menyaksikan kehadiran lebih ramai calon pembangkang dipilih ke parlimen. Ini kerana saya ingin sekali melihat kematangan rakyat negara ini dalam menghadapi dan menikmati proses demokrasi lebih meluas menerusi pandangan dan pendekatan alternatif yang dikemukakan pembangkang di parlimen.

Tetapi pada masa yang sama, seperti orang lain juga saya khuatir dalam keghairahan kita melaung “demokrasi!’, kita tersalah pilih calon pembangkang yang sebenarnya tidak mempunyai kewibawaan untuk menunaikan hasrat rakyat dan menjaga kesejahteraan penduduk sebaik yang dilakukan Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) sekarang ini.

Seperti beberapa rakan lain, saya tetap ingin adanya pembangkang dalam parlimen.

Cuma, seperti orang yang lain, saya tidak mahu melihat pembangkang menawan kawasan undi saya yang ditadbir dengan baik oleh parti pemerintah – PAP. Sebabnya, saya tidak mahu ketinggalan dalam menikmati kemudahan lebih baik.

Lihat saja keadaan di estet perumahan Hougang dan Potong Pasir, yang ditadbir dua parti pembangkang. Meskipun diselenggara dengan baik, kekurangannya tetap terasa. Seperti orang lain juga, saya inginkan agar estet perumahan saya terus diperindahkan dan dipertingkatkan lagi dengan pelbagai kemudahan tambahan.

Tetapi saya tetap inginkan pembangkang.

Kenapa?

Seperti negara-negara lain yang bertunjangkan demokrasi berparlimen, saya inginkan pembangkang tulen dan bukannya “pembangkang olok-olok’ seperti yang dilontarkan AP Potong Pasir, Encik Chiam See Thong, semasa forum pilihan raya umum di Universiti Nasional Singapura (NUS) baru-baru ini.

Tetapi pada masa yang sama, saya bimbang pembangkang yang dipilih nanti hanya ‘sedap’ bangkit dan membangkang setiap dasar pemerintah tanpa mempedulikan intipati dasar yang disemak atau diperkenalkan itu. Kita juga tidak boleh menafikan kewibawaan para AP PAP yang bertindak selaku back bencher yang memainkan peranan berkesan sejauh ini.

Mereka telah “menggerudi’ pemerintah berkenaan isu NKF, membahaskan isu pekerjaan dan mengemukakan permintaan rakyat agar lebih banyak bantuan diberikan untuk golongan warga tua dan berpendapatan rendah termasuk pelbagai lagi isu-isu lain.

Undi itu rahsia. Tetapi pengundi Singapura sering melihat rekod kelakonan dalam membuat pilihan. – Berita Harian, 17 April 2006, Isnin

About chairulfahmy

A writer.
This entry was posted in Pandangan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s