Hak Cipta

Segala pandangan yang dilontarkan menerusi blog ini adalah suara, datangnya dari isi hati dan budi bicara penulis, sebagai individu yang berpegang teguh pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab, sebagai tunjang hak asasi manusia.

Perlu ditekankan kepada khalayak yang mengunjungi blog ini, penulis tidak mewakili kepentingan mana-mana pihak atau sesiapa jua.

Hakcipta bagi kesemua karya sastera, pandangan, komentar dan cerakinan yang termuat di sini adalah terpelihara. 

Segala karya sastera (sajak/cerpen/esei), pandangan atau cerakinan yang telah diterbitkan oleh Berita Harian/Berita Minggu Singapura tetapi diketengahkan semula di blog ini adalah hakmilik Singapore Press Holdings Ltd (SPH).

Kesemua karya sastera, pandangan, komentar, cerakinan di blog ini, kecuali yang telah diterbitkan oleh Berita Harian/Berita Minggu Singapura, menjadi hakmilik mutlak penulis.

Segala karya di blog ini sama ada hakmilik mutlak penulis mahupun SPH, tidak boleh digunakan semula, diulang-siar di laman-laman lain, dicetak di mana-mana cabang atau saluran penerbitan lain atau dikongsi, diserahkan secara sewenang-wenang, diadaptasi, ditiru ataupun dijual kepada syarikat penerbitan mahupun mana-mana institusi lain - sama ada bagi tujuan komersil, kajian dan penyelidikan, pendidikan, ataupun amal – tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada penulis dan SPH.

Salam secangkir kopi,

Chairul Fahmy Hussaini
@ Alang Budiman
30 Disember 2007, Ahad
1350:56 tengah hari

Tinggalkan komen

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.