rakus tak peduli

26 10 2008

sejauh mana Melayu dimartabatkan?
sejauh mana?

setinggi mana Islam didukung?
setinggi mana?

antara mana didahulukan?
bangsa atau agama?

ah! kau, aku boleh berkata apa saja

ha! kau, aku boleh bertingkah dalam seribu makna

tapi kau, aku tidak boleh nafi
yang didahulukan adalah diri sendiri

bukan bangsa…
bukan agama…

oi! jangan malu untuk mengiyakan
kerakusan itu adalah peribadi manusia…

aku dulu!

aku punya!

hak aku!

kau, pergi jahanam!

Alang Budiman
26 Oktober 2008
26 Syawal 1429H
Ahad, 10:27:11 pagi





Kelima… dan mungkin ‘kan ada lagi

16 10 2008

Surat peguam.

Tak salah aku, yang keempat atau yang kelima aku terima
sepanjang lapan tahun jadi wartawan.

Tak payah tanya lah pasal apa aku dapat surat tuntutan peguam tu…

Ginilah, selalunya surat-surat begini menuntut pihak akhbar tarik balik
laporan yang telah disiarkan, yang dianggap ‘negatif’ oleh mereka
yang berasa menjadi ‘mangsa’ laporan aku tu…

Orang-orang yang buat tuntutan ni selalunya tak peduli
yang segala fakta dalam laporan aku tu sebenarnya tepat.

Lazimnya, mereka buat tuntutan pasal nak jaga ‘imej’.

Tu belum dikira lagi caci-cerca, maki-hamun mereka-mereka
yang berasa diri menjadi ‘mangsa’ laporan ’negatif’ aku tu…
cuma mereka-mereka ni tak pasang ‘loyar’ lah.

Tu pun belum kira dakwaan sesetengah ustaz  atau anggota parlimen
yang kata aku putar-belit kenyataan mereka setelah diwawancara 
sebaik diri tersepit dek teguran jemaah atau dimarah ‘orang atas’
yang ‘tak sebulu’ dengan kenyataan mereka tu.

Ah… banyak lagi lah. Kalau aku cerita pun takkan orang nak percaya.

Apapun,

Yang penting, aku tak aniaya orang.
Yang penting, aku kerja penuh ikhlas.
Yang penting, aku tak rampas periuk nasi orang.
Yang penting, aku tak jatuhkan harga diri, maruah orang.
Yang penting, aku tulis dengan jujur dan tak berat sebelah.

Tapi soalannya sekarang, jujur pada siapa? Adil pada siapa?

Betullah orang kata, reporter ni bak pelacur
Jadi tempat untuk melampias nafsu
mereka yang menghulur
rezekiku.

Nasib aku jadi seorang reporter…

Chairul Fahmy Hussaini
16 Oktober 2008
16 Syawal 1429H
Khamis, 12:34:20
tengah malam





13 10 2008

cukuplah…

Alang Budiman
13 Oktober 2008
13 Syawal 1429H
Isnin, 12:59:23 tengah hari