jangan kelabui mata…

22 06 2008

hari ini kita ketemu
mengadap, bertentang mata
mengelilingi meja bundar
kita bicara hal-hal biasa
tentang kemanusiaan
tentang keadilan
tentang pengorbanan

kau singkap rentetan peristiwa
tentang kemusnahan
tentang keaiban
tentang penjarahan
tentang pembunuhan
tentang perang
yang ragut jutaan warga bangsamu
enam dekad lalu…

kau bilang
perang itu perlu dihenti
demi kemakmuran anak bumi

aku bilang,
usah bermain kata
hentikan holokaus mu di palestina dahulu!

alang budiman
Ahad, 22 Jun 2008
12:01:39 tengahmalam
Kamar 222, Antlers Hilton
Colorado Springs, Amerika Syarikat





Sepetang di jalan depan hotel

15 06 2008

SATU perkara paling menarik berlaku hari ini. Sekonyong-konyong hajat ingin melihat wajah sebenar Washington DC, hadir pesta kaum sejenis atau ‘Gay Parade’.

Lebih menarik lagi, ia diadakan betul-betul di depan Hotel Jurys, tempat saya menginap! Hotel yang bertaraf empat bintang ini terletak dekat kawasan Dupont Circle, di New Hampshire Avenue, North West, Washington DC.

Melihat dari lobi hotel, suasana cukup gamat dan meriah, yang bermula sekitar 4 petang semalam (4 pagi waktu Singapura, Ahad 15 Jun) - menyebabkan diri ini berasa ghairah untuk mengetahui apa yang berlaku di luar sana.

Saat dimaklumkan pihak hotel bahawa ia sebenarnya ‘Gay Parade’, diri ini terus meluru keluar, ingin melihatnya dari dekat. Maklum, belum pernah melihat bagaimana rupa ‘Gay Parade’.

Alangkah terperanjatnya, bila melihat ia suatu pesta yang cukup meriah, penuh warna dengan pelbagai golongan masyarakat yang menyokong gaya hidup kaum sejenis! Beberapa kontinjen yang turut serta termasuklah; golongan beragama, agensi pemerintah, badan bukan pemerintah (NGO), pertubuhan sosial dan warga Amerika dari segenap lapisan umur dan latarbelakang.

Tetapi yang memeranjatkan saya bilamana terlihat sebuah kontinjen yang menamakan diri mereka sebagai Al-Fatiha, LGBTIQ Muslims & Allies (http://www.al-fatiha.org) juga turut serta dan menyatakan sokongan secara terbuka!

Selain mereka, turut melahirkan sokongan merupakan kontinjen gereja dari fahaman Baptist, Pentacoastal, Katolik dan pelbagai lagi. Para anggota bomba Amerika turut tidak melepaskan peluang, menyatakan sokongan pada gaya hidup alternatif, mereka turut berarak dengan menggunakan kereta bomba!

Seorang kanak-kanak sambil ditemani beberapa orang dewasa sambil memegang sepanduk “I love my gay teacher” (Saya sayang guru gay saya) , berjalan lalu dengan disambut tepukan gemuruh orang ramai.

Sebuah kontinjen yang disertai sekumpulan ibu bapa juga memegang sepanduk, menyatakan rasa cinta dan sokongan padu pada anak-anak mereka yang memilih untuk menjalani gaya hidup alternatif.

Demi menarik sokongan orang ramai, pelbagai cenderamata diagihkan; gula-gula, rantai, kemeja-T, kondom, mainan untuk kanak-kanak dan pelbagai lagi.

Selain itu, mereka turut sebar risalah bagi menarik orang ramai yang menyokong gaya hidup alternatif untuk berhibur di kelab malam-kelab malam yang dipenuhi golongan ini.

Hujan turun agak lebat semasa perarakan itu tetapi ia tidak sedikitpun mematahkan semangat sesiapa sahaja yang berada di situ, termasuk penulis, yang sempat merakam gambar dengan sekumpulan gadis lesbian, yang hanya berseluar pendek dan bercoli – setelah menanggalkan kemeja-T di mata kita! 

Sepanjang tiga jam, orang ramai dapat melihat secara dekat perarakan kenderaan berhias, lengkap dengan model dari kalangan kaum gay atau lesbian berpakaian ‘menggiurkan’, ada cuma dengan bikini.

Suasana hangat menyebabkan ada di kalangan penonton dan peserta, tidak segan silu bercumbu dengan pasangan masing-masing.

Aduh mak!!!!! Gelinya!!!!!!!

Chairul Fahmy Hussaini
12:23:17 tengah malam
Ahad, 15 Jun 2008





salam pada cinta

11 06 2008

salam pada rindu
rindu pada hati
hati meragut cinta

satu lagi abadi!

Alang Budiman
East-West Center
Kamar 408, Dewan Lincoln
Honolulu, Hawaii
Rabu, 11 Jun 2008
03:37:35 pagi