Saya tertarik dengan bait-bait kata yang tertera di atas sekeping poskad yang dikirimkan kepada saya hari ini.
Berlatarbelakangkan warna ungu dan seekor burung (kelihatannya seperti merpati) yang terbang melepasi sekelompok awan yang menghadang sebahagian cahaya mentari, ia berbunyi:
Kekalkan Keyakinan
Jika anda tidak melihat kerdipan bintang pada waktu malam,
ia tidak bermakna mereka tidak kelihatan.
Mereka hanya berselindung di sebalik awan
dan anda akan pasti melihatnya berkerdipan lagi.
Hmm… mengapa saya tertarik dengan tulisan itu? Mudah saja…
Bait-bait it menunjukkan kekentalan semangat penulisnya. Ia menggambarkan tahap kesabaran yang tinggi yang ada padanya.
Kesudiannya untuk mengongsi kata-kata itu menerusi coretan ringkas di depan poskad itu amat dihargai.
Saya berterima kasih kepada si pengirim poskad, namun saya ingin beliau sendiri yang menghasilkan kata-kata seindah itu.
Suatu masa nanti, mungkin…
Saya doakan.
Alang Budiman
12 Mei 2008
6 Jamadilawal 1429H
16:48:50 ptg