setelah empat tahun membuku di dada…

10 03 2008

akhirnya…
suara itu diperdengarkan
setelah empat tahun tersimpan
membuku-membuak
di dada jiwa-jiwa merdeka

dan tatkala didengar gema suara
lebih 10 juta warga
memecah halwa dan deria

hingga
mencedera kuping-kuping telinga
membunuh ego-ego
sang-sang berkuasa

ada mengeliat dan mengelepar
ada pula mengelupur dan rebah

suara-suara itu
amat menyentap uluhati
begitu menyentak sanubari

suara-suara itu nadanya
menggambar resahjiwa
mencermin letakduduk
warga dan tetangga

nada-nada itu
tidak sekali dikaburi kata 
manis-manis, muluk-muluk
molek-molek

dan suara itu akan memerintah
selamanya

alang budiman
Isnin, 10 Mac 2008
2 Rabiulawal 1429H
1508:49hrs

* Pilihan Raya Umum ke-12 Malaysia pada Sabtu, 8 Mac 2008

Gabungan parti-parti politik dibawah Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hanya raih 140 daripada 222 kerusi Parlimen atau sekadar 63 peratus undi majoriti. Prestasi terburuk sejak 1969. Lima negeri: Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor dan Perak jatuh ke tangan pembangkang pimpinan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.