catatan dari kaki Gunung Lawu, Surakarta

30 01 2008

setelah sekian lama
degup jantung terhenti

mati!

dan ajalmu…
adalah permulaan
bagi satu perjalanan panjang
ke siratulmuntaha
yang tidak sekali diimbangi
pangkat dan darjat
tidak lagi diselimuti
pengaruh dan kuasa

matimu…
walau diratapi anak sendiri
walau masa persemadian
dijejer pingat dan anugerah
pada ribuan bangsawan
akan pengabdian tuntas
tiga dasawarsa
bangun nusa, bangun bangsa
tidak semua ditangisi anak tani
tidak semua dihargai warga mandiri 

ajalmu…
adalah ingatan
pada sang berkuasa
jangan hanya gendutkan
perut anak isteri dan kroni
petanda
perjalanan ini sekali
sesudah itu mati…

laku seadilnya!

alang budiman
30 Januari 2008
21 Muharam 1429H
Rabu, 12:20:17 tghari





khutbah hari ini

25 01 2008

hari ini ada seruan,
biar yang kahwin tak usah cerai
biar umur rumahtangga muda selalu
biar cinta terus terangsang
biar jalinan terus gemerlap

hari ini ada peringatan
biar keadaan keluarga elok sentiasa
biar hubungan itu tiada ragu
biar kejujuran itu tiada serkap jarangnya

hari ini ada permintaan
kurangkan perceraian
jangan biarkan anak
dedai-dedai
tak berhaluan, tak keruan

hari ini ada luahan hajat
biar cinta itu kekal suci
kasih sayang kekal abadi
biar persefahaman tidak ketara
bak langit dan bumi

hari ini dan permintaan itu
serupa seperti masa-masa lalu
Melayu dan cerai-berainya
lumrah, suatu yang biasa

lafaz saja…!
biar hati senang…!!
biar jiwa tenang…!!!
biar hidup santai…!!!!

anak?

biarkan…
bekas bini sedia jaga, ya kan?!

bukankah itu wajah ramai Melayu
…yang sememangnya begitu

bebal tak sudah!

alang budiman
25 Januari 2008
19 Muharam 1429H
Jumaat, 21:32:34





dah aku baca, dah aku dengar, dah aku bilang

18 01 2008

dah aku baca
laporan itu  ditulis si anu

dah aku dengar
berita itu disampaikan si polan

dah aku bilang
pada entah siapa
laporan itu, berita ini
semuanya tak mustahil

dah aku baca juga
raut wajah si anu

dah aku dengar juga
kata hati si polan

dah aku bilang
pada entah siapa
raut wajah, kata hati itu
tidak membawa erti apa-apa
kecuali resah

dah aku bilang kan…
resah itu membingungkan
kerana yang membangkitnya
itu…. si lalang-lalang itu

yang kepalanya mendongak
suka menggertak
yang berdiri tegak
sekali mengepak bak gagak

dah aku bilang
lalang-lalang itu serupa gagak
lebih dekat aku lihat aku bilang
kalahkan bajingan!

aku tahu resahmu itu…
aku tahu letakdudukmu…
aku tahu gelisah itu
lengkap tertulis di dada itu

kan sudah ku baca…

resah itu

kerana mereka mendukungmu
mengarakmu bagai si pengantin
yang kepingin… malamnya dijahit…

resah itu tidak bererti apa-apa
resah itu kerana kau mahu
bohongan mu dilontar keluar!

alang budiman
Jumaat, 18 Januari 2008
9 Muharam 1429H
22:04:30 malam